Wednesday, May 12, 2010

AKU MENGULANGI KESALAHAN ITU LAGI.........

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

Waktu hampir jam 12 malam.. Disaat ini aku belum bole melelapkan mata. Secara jujurnya aku sendiri tak tahu apa yang aku fikir pada waktu ini. Hati kadang2 terasa sebak,mungkin kerna teringatkan malam ini telah genap 100hari abang sepupu aku dijemput Ilahi. Al-fatihah kepada aruah.. Semoga dikau ditempatkan dikalangan orang mukmin, ameen....

Tetapi betulkan itu yang menyebabkan aku berasa tidak tenteram sebenarnya. Hati terasa sebak, berat, tidak tenterama, dan otak sebenarnya tidak tahu apa yang aku sendiri fikir kan.. YA Allah berikan ketenangan dihati dan fikiran hamba Mu ini....

Berbagai pekara yang berlegar didalam otak aku sekarang ini... Dan antaranya... Apa yang menyebab kan aku mengulangi kesalahan yang serupa itu lagi!! Bodoh atau dunggu sungguhkah aku ini..... Allah sendiri tidak suka kepada hambanya yang sering mengulangi kesalahan yang sama berulang-kali... Apa sebenarnya menyebabkan aku menjadi seperti ini.....

Aku ada terbaca di sebuah buku berkenaan perkara ini, dan salah satu perkara yang menyebabkan seseorang itu sering terperangkap dalam situasi yang sama berulangkali adalah kerana tidak pernah mahu mengakui kesalahan yang pernah dilakukan. Menyedari dan mengakui kesalahan pada masa lalu menyebabkan individu itu hidup lebih baik. Ironisnya lagi, pada zaman yang serba tidak pasti ini, ramai yang mencari kepastian dengan menbenarkan dirinya, termasuklah dengan "membelinya". Kebenaran tidak dapat dijual beli tetapi itulah kenyataan hari ini. Seseorang pernah berkata, "Hanya manusia dapat dibeli dengan membenarkan dirinya. Namun, Tuhan tidak bersedia menerima sebarang bayaran daripada saudara".

Nenek ,moyang kita pernah menyebut perumpamaan seperti, "Pisang tidak pernah berbuah dua kali," "Tidak ada bom yang jatuh di tempat yang sama" ataupun "Keldai tidak pernah terperosok kedalam lubang yang sama." Perumpamaan itu jelas menggambarkan manusia diharapkan tidak melakukan kesalahan yang sama bagi kedua kalinya. Memang benar, melakukan kesalahan yang sama buat kedua kalinya dikatakan dungu, tidak mengkaji dirinya dan cenderung menunjukan kelalaiannya dalam mengerjakan sesuatu. Namun, kita hanya dapat memastikan supaya kesalahan yang sama tidak berulang lagi pada masa depan dengan belajar daripada kesalahan yang lalu.

Vernon Sanders berkata, "Pengalaman adalah guru yang keras kerana ia memberi ujian dahulu baru mengajarkannya." Jadi, bagaimana mungkin kita dapat belajar mengenai kehidupan sekiranya kita menolak pengajaran yang sedang disediakan oleh kehidupan itu sendiri?

Manusia diberi Tuhan hati nurani, anugerah yang tidak ada pada makhluk ciptaan lain. Itulah sebabnya manusia perlu terus memikirkan hidup selepas kehidupan sekarang. Dia juga perlu yakin kehidupan yang disediakan Tuhan bagi manusia yang hidup mengabdikan diri kepadanya. Kesedaran ini tentunya menjadi lampu yang terus menigatkan manusia supaya selalu berbuat baik dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

Mereka yang sentiasa menutup kesalahan adalah mereka yang tidak memiliki ketenangan peribadi. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya William Ward berkata ada tiga musuh ketenangan peribadi iaitu, "Penyesalan atas kesalahan semalam, Kecemasan pada masalah esok dan tiada rasa syukur atas anugerah hari ini."

Otak... Semoga selepas ini engkau lebih bijak untuk menimbang segala apa yang akan aku lalukan.. Dan semoga aku tidak mengulangi kesalahan yang telah aku lalukan...

p/s: sebelum aku tamat kan tulisan aku ini ada satu puisi tuk renungan bersama... tajuk puisi ini KEMENANGAN nukilan "Herbet Kauffman"


Kau seorang yang biasa memperkatakan sesuatu yang hebat,
Akan kau capai pada suatu masa nanti,
Sebenarnya kau hanya mahu menunjukkan betapa luas pengetahuanmu,
Dan bertapa jauh jalan yang akan kau tempuhi,

Setahun sudah berlalu,
Gagasan baru apa yang muncul difikiranmu?
Berapa bayak peristiwa bernilai yang sudah kau lakukan?
12bulan penuh dalam tangan mu,
Apa yang sudah kau lakukan bagi meraih peluang-peluang baru?
Dalam senarai nama-nama orang yang berjaya, namamu tiada di situ??

Jelaskan, mengapa??
Bukan peluang yang tidak kau miliki,
Tetapi....
Sepeti biasa... kau tidak melakukan apa-apa.

1 comment:

  1. sekurang-kurangnye masih menyedari kesalahan dan berpeluang untuk memperbaiki diri drp terlena menyangkakan diri kita sempurna..

    ReplyDelete