Wednesday, May 12, 2010

AKU MENGULANGI KESALAHAN ITU LAGI.........

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

Waktu hampir jam 12 malam.. Disaat ini aku belum bole melelapkan mata. Secara jujurnya aku sendiri tak tahu apa yang aku fikir pada waktu ini. Hati kadang2 terasa sebak,mungkin kerna teringatkan malam ini telah genap 100hari abang sepupu aku dijemput Ilahi. Al-fatihah kepada aruah.. Semoga dikau ditempatkan dikalangan orang mukmin, ameen....

Tetapi betulkan itu yang menyebabkan aku berasa tidak tenteram sebenarnya. Hati terasa sebak, berat, tidak tenterama, dan otak sebenarnya tidak tahu apa yang aku sendiri fikir kan.. YA Allah berikan ketenangan dihati dan fikiran hamba Mu ini....

Berbagai pekara yang berlegar didalam otak aku sekarang ini... Dan antaranya... Apa yang menyebab kan aku mengulangi kesalahan yang serupa itu lagi!! Bodoh atau dunggu sungguhkah aku ini..... Allah sendiri tidak suka kepada hambanya yang sering mengulangi kesalahan yang sama berulang-kali... Apa sebenarnya menyebabkan aku menjadi seperti ini.....

Aku ada terbaca di sebuah buku berkenaan perkara ini, dan salah satu perkara yang menyebabkan seseorang itu sering terperangkap dalam situasi yang sama berulangkali adalah kerana tidak pernah mahu mengakui kesalahan yang pernah dilakukan. Menyedari dan mengakui kesalahan pada masa lalu menyebabkan individu itu hidup lebih baik. Ironisnya lagi, pada zaman yang serba tidak pasti ini, ramai yang mencari kepastian dengan menbenarkan dirinya, termasuklah dengan "membelinya". Kebenaran tidak dapat dijual beli tetapi itulah kenyataan hari ini. Seseorang pernah berkata, "Hanya manusia dapat dibeli dengan membenarkan dirinya. Namun, Tuhan tidak bersedia menerima sebarang bayaran daripada saudara".

Nenek ,moyang kita pernah menyebut perumpamaan seperti, "Pisang tidak pernah berbuah dua kali," "Tidak ada bom yang jatuh di tempat yang sama" ataupun "Keldai tidak pernah terperosok kedalam lubang yang sama." Perumpamaan itu jelas menggambarkan manusia diharapkan tidak melakukan kesalahan yang sama bagi kedua kalinya. Memang benar, melakukan kesalahan yang sama buat kedua kalinya dikatakan dungu, tidak mengkaji dirinya dan cenderung menunjukan kelalaiannya dalam mengerjakan sesuatu. Namun, kita hanya dapat memastikan supaya kesalahan yang sama tidak berulang lagi pada masa depan dengan belajar daripada kesalahan yang lalu.

Vernon Sanders berkata, "Pengalaman adalah guru yang keras kerana ia memberi ujian dahulu baru mengajarkannya." Jadi, bagaimana mungkin kita dapat belajar mengenai kehidupan sekiranya kita menolak pengajaran yang sedang disediakan oleh kehidupan itu sendiri?

Manusia diberi Tuhan hati nurani, anugerah yang tidak ada pada makhluk ciptaan lain. Itulah sebabnya manusia perlu terus memikirkan hidup selepas kehidupan sekarang. Dia juga perlu yakin kehidupan yang disediakan Tuhan bagi manusia yang hidup mengabdikan diri kepadanya. Kesedaran ini tentunya menjadi lampu yang terus menigatkan manusia supaya selalu berbuat baik dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

Mereka yang sentiasa menutup kesalahan adalah mereka yang tidak memiliki ketenangan peribadi. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya William Ward berkata ada tiga musuh ketenangan peribadi iaitu, "Penyesalan atas kesalahan semalam, Kecemasan pada masalah esok dan tiada rasa syukur atas anugerah hari ini."

Otak... Semoga selepas ini engkau lebih bijak untuk menimbang segala apa yang akan aku lalukan.. Dan semoga aku tidak mengulangi kesalahan yang telah aku lalukan...

p/s: sebelum aku tamat kan tulisan aku ini ada satu puisi tuk renungan bersama... tajuk puisi ini KEMENANGAN nukilan "Herbet Kauffman"


Kau seorang yang biasa memperkatakan sesuatu yang hebat,
Akan kau capai pada suatu masa nanti,
Sebenarnya kau hanya mahu menunjukkan betapa luas pengetahuanmu,
Dan bertapa jauh jalan yang akan kau tempuhi,

Setahun sudah berlalu,
Gagasan baru apa yang muncul difikiranmu?
Berapa bayak peristiwa bernilai yang sudah kau lakukan?
12bulan penuh dalam tangan mu,
Apa yang sudah kau lakukan bagi meraih peluang-peluang baru?
Dalam senarai nama-nama orang yang berjaya, namamu tiada di situ??

Jelaskan, mengapa??
Bukan peluang yang tidak kau miliki,
Tetapi....
Sepeti biasa... kau tidak melakukan apa-apa.

Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU MAK.....

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

Petang tadi aku menelphone Mak, dah seminggu rasanya tak mendengar suara Mak. 3kali aku mendail no. itu tapi tak diangkat, hati mula gusar.. takut benda tak elok terjadi... hati beristifar buat sekian kalinya.. Dan sekali lagi aku mendail no itu, Allhamdulilah telephone aku diangkat.

Sempat jugak aku bertanya apa yang sedang dilakukannya, serta apa khabar dirinya... Dan sebelum aku mengakhiri perbualan kami, aku ada mengucapkan "Selamat hari ibu MAK" kepadanya, tapi, mak berkata, "belum lagi.. kalau nak ucap kene ada hadia sekali..." mak-mak... loyer buruk mak tak abes2... Tapi mungkin sebab itu juga.. Keluarga aku tidak pernah berhenti tersenyum dan ketawa, walau kepayahan datang menjengah...

Aku sangat bersyukur dikurniakan seorang Mak yang sangat tabah dan kuat... Segala rintangan mampu ditempuh dengan Senyuman... Mak juga yang mengajar aku bahwa, Joyful of life will came only with small thing.... Mak, ketahuilah bahwa:

senyuman mu memberi aku kekuatan,
suara mu memberi aku semangat,
gelak-tawa mu memberi aku kegembiraan,
dan sentuhan mu memberi aku ketenangan.....

Bagi aku.. setiap hari adalah hari IbuBapa... Bukan pada hari ini saja kita perlu menunjukan kasih sayang kita kepada mereka..... Kerana tanpa mereka, kita tidak berada di dunia ini. Tanpa jerih perih, doa dan air mata mereka mungkin kita tidak boleh menjadi diri kita saat ini, dan diizinkan Tuhan untuk mengecapi berbagai-bagai kenikmatan.

Tidak ada ruginya kita membahagiakan dan menyenangkan hati ibu bapa sementara mereka masih hidup. kita akan berasa menyesal kerna tidak dapat membahagiakan mereka apabila mereka sudah tiada lagi di dunia ini. Tidak ada manfaatnya dan pasti sudah terlambat sekiranya kita mahu membahagiakan ibu bapa kita yang sudah meninggal dunia. Sekiranya pusaranya kita lapisi dengan emas dan ditegakkan batu nisan paling indah sekalipun, ibu bapa kita sudah meninggal dan tidak lagi dapat merasakan kehangatan kasih sayang anak-anaknya.

Semasa dilahirkan, hampir semua perkara dalam hidup berada di luar kawalan kita. Tetapi, kerana usia kita bertambah, kita menjadi lebih bertanggunjawab kepada diri sendiri. Siapa pun kita dimasa akan datang adalah hasil daripada semua pilihan yang kita ambil waktu ini.

Jadi, ambillah keputusan menghormati kedua ibu bapa kita, mengasihi mereka, mengambil berat tentang diri mereka dan memberi perhatian kepada mereka sekarang juga!! Kerna esok mungkin sudah terlambat.

Aku percaya, pada zaman ini, telah ramai rakan2 sebaya aku, yang mengetahui bahwa perlunya dan pentingnya kita menyayangi ibu bapa kita, dan aku tahu bahwa kita semua telah menyedari bertapa besarnya pengorbanan mereka untuk kita. Jadi sama-sama lah kita ingat mengingatkan diantara satu sama-lain jika ada yang terleka....

Selamat hari ibu MAK... semoga mak sentiasa dibawah naungan kasih dan sayang Nya....

p/s: Jom layan lagu nie... (^_~)V