Bismillahirrahmanirrahim.....
Dipetang yang indah ini, malah agak membosankan... (bosan ek... bukan takde keje pon.... assignment yang belambak tuh bile nak siapkan??) tertibe rindu kat kawan2 aku... so this it.....
Hidup manusia memerlukan sahabat.
Pada aku, aku pun memerlukan sahabat. Bergerak dalam kehidupan yang penuh liku ini, sahabat memang faktor kenapa diri mampu untuk terus tabah.
Senyuman mereka, tawa mereka, kadangkala menjadi antara inspirasi ku. kadangkala, kata-kata mereka yang pendek pun dianggap bermakna untuk aku.
Pada aku, sahabat itu tidak dihubungkan dengan harta, wajah atau rupa mahupun apa saja perkara materialistic dunia. Tapi bagi aku, yang bergelar sahabat itu, adalah yang dihubungkan dengan kasih sayang. Kasih sayang itu, bersumberkan satu punca.
Punca itu adalah keimanan kepada Allah SWT.
Kerana, Sahabat yang hadir dari sumber itu adalah sahabat yang terindah sekali...
Didalam hidup aku.. terdapat beberapa orang sahabat yang sangat penting dalam hidup aku. Mereka adalah sahabat terindah ku.
Tak kiralah kat mana semuanya, samada berada dekat dengan aku atau jauh... korang sentiasa ada didalam hati ini....
Tapi, apa yang hendak aku katakan di sini, hendak menyedari bahawa sahabat itu adalah sahabat terindah, bukan mudah.
Pelbagai halangan, cabaran perlu dihadapi.
Kadangkala berulang kali berselisih faham, kadangkala beberapa kali bermasam muka. namun, kalau benar ukhuwwah itu dibina atas dasar iman, maka ia akan kembali semula bersatu. Bak kate orang tua2: Carik-carik bulu ayam, akhirnya tercantum semula... Kerana iman itu benar, ia akan menjadi seperti magnet, membuang segala rasa buruk di dalam hati, meringankan diri untuk meminta maaf dan memaafkan.
Ada yang menyangka, selisih faham, masam muka adalah keburukan. Yap, dari satu segi, memang itu semua keburukan. Tapi, sedar atau tidak, itu adalah satu tapisan, ujian daripada Allah SWT. Ujian Untuk menguji sejauh mana kebenaran ukhuwwah yang dibina. Apabila kita berjaya melepasi segala dugaan dan cabaran itu, barulah kita akan menyedari, bertapa indahnya ikatan itu.
Oleh itu, apabila kita melalui ujian2 ini, kita perlu muhasabah diri kita terlebih dahulu. Jangan lihat pada sahabat kita. Lihat ape kurang dengan diri kita, apa silap yang kita telah lakukan, apa keburukan yang telah kita buat pada sahabat kita. Dan dengan itu kita akan berlapang dada, senang memaafkan. Kita akan berani, tabah meminta maaf tampa rasa segan.
Namun, siapa yang melihat dirinya terlebih dahulu sebelum dia menilai sahabatnya??
Dan siapa pula yang berusaha menjadikan dirinya sebagai sahabat terindah kepada sahabatnya??
Aku melihat diri, terfikir-fikir akan diri aku
Semoga aku dapat diberi peluang untuk berbuat begitu....
Kepada sahabat2 aku... semoga segala apa yang korang lakukan sentiasa dirahmati Allah SWT dan sentiasa dipermudahkan oleh Nya....... MIZZ U ALL... n THANKS FOR MAKES MY LIFE MORE BEUTIFUL AND MEANING FULL......
p/ss: panjang betol karangan aku petang nie....... hahahaha~
oloolooooo comelnyee budak 3org tuuuu.
ReplyDeletefarah,yg bawah kene tindih tu mcm BOYFREN i laa.
MERLIN! hehe
a'ah la... muke die cam merlin ek... yg atas skali tuh author.... =)) haha~
ReplyDeletesyg....i like ur 'karangan' tu....... may our friendship will get along 4ever n ever..insya'Allah..... sedihnyee :(
ReplyDelete