Sunday, January 31, 2010

SAHABAT YANG TERINDAH~

Bismillahirrahmanirrahim.....

Dipetang yang indah ini, malah agak membosankan... (bosan ek... bukan takde keje pon.... assignment yang belambak tuh bile nak siapkan??) tertibe rindu kat kawan2 aku... so this it.....

Hidup manusia memerlukan sahabat.

Pada aku, aku pun memerlukan sahabat. Bergerak dalam kehidupan yang penuh liku ini, sahabat memang faktor kenapa diri mampu untuk terus tabah.

Senyuman mereka, tawa mereka, kadangkala menjadi antara inspirasi ku. kadangkala, kata-kata mereka yang pendek pun dianggap bermakna untuk aku.

Pada aku, sahabat itu tidak dihubungkan dengan harta, wajah atau rupa mahupun apa saja perkara materialistic dunia. Tapi bagi aku, yang bergelar sahabat itu, adalah yang dihubungkan dengan kasih sayang. Kasih sayang itu, bersumberkan satu punca.

Punca itu adalah keimanan kepada Allah SWT.

Kerana, Sahabat yang hadir dari sumber itu adalah sahabat yang terindah sekali...

Didalam hidup aku.. terdapat beberapa orang sahabat yang sangat penting dalam hidup aku. Mereka adalah sahabat terindah ku.

Tak kiralah kat ma
na semuanya, samada berada dekat dengan aku atau jauh... korang sentiasa ada didalam hati ini....

Tapi, apa yang hendak aku k
atakan di sini, hendak menyedari bahawa sahabat itu adalah sahabat terindah, bukan mudah.

Pelbagai halangan, cabaran perlu dihadapi.

Kadangkala berulang kali berselisih faham, kadangkala beberapa kali bermasam muka. namun, kalau benar ukhuwwah itu dibina atas dasar iman, maka ia akan kembali semula bersatu. Bak kate orang tua2: Carik-carik bulu ayam, akhirnya tercantum semula... Kerana iman itu benar, ia akan menjadi seperti magnet, membuang segala rasa buruk di dalam hati, meringankan diri untuk meminta maaf dan memaafkan.


Ada yang menyangka, selisih faham, masam muka adalah keburukan. Yap, dari satu segi, memang itu semua keburukan. Tapi, sedar atau tidak, itu adalah satu tapisan, ujian daripada Allah SWT. Ujian Untuk menguji sejauh mana kebenaran ukhuwwah yang dibina. Apabila kita berjaya melepasi segala dugaan dan cabaran itu, barulah kita akan menyedari, bertapa indahnya ikatan itu.

Oleh itu, apabila kita melalui ujian2 ini, kita perlu muhasabah diri kita terlebih dahulu. Jangan lihat pada sahabat kita. Lihat ape kurang dengan diri kita, apa silap yang kita telah lakukan, apa keburukan yang telah kita buat pada sahabat kita. Dan dengan itu kita akan berlapang dada, senang memaafkan. Kita akan berani, tabah meminta maaf tampa rasa
segan.

Namun, siapa yang melihat dirinya terlebih dahulu sebelum dia menilai sahabatnya??

Dan siapa pula yang berusaha menjadikan dirinya sebagai sahabat terindah kepada sahabatnya??

Aku melihat diri, terfikir-fikir akan diri aku

Semoga aku dapat diberi peluang untuk berbuat begitu....

Kepada sahabat2 aku... semoga segala apa yang korang lakukan sentiasa dirahmati Allah SWT dan sentiasa dipermu
dahkan oleh Nya....... MIZZ U ALL... n THANKS FOR MAKES MY LIFE MORE BEUTIFUL AND MEANING FULL......

p/ss: panjang betol karangan aku petang nie....... hahahaha~







Cinta Adalah Do'a Yang Terindah

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

Ibarat permata aku rasakan, aku hanya punya satu, dan jika kuberikan, aku tak punya apa-apa lagi. Apakah permata itu? permata itu adalah "Cinta".

Cinta yang ku pelajari entah dari negeri mana, Cinta yang lebih indah jika "Cinta itu tidak penah sampai". Kenapa?? kerana dengan kuasanya dia akan terus berkembang dan akan terus menjadi baik dan akan terus sampai pada satu titik yang bernama "keikhlasan".

Jadi siapa selayaknya yang mendapatkan permata itu?? tak lain tak bukan hanya untukNya, dan keranaNya pula, terwujud rasa "Cinta pada makhlukNya", seperti kamu..... Kerana permata itu telah menjadi "mutiara" kini, yang tak pernah habis jika aku berikan, dan tetap selalu ada malah semakin bertambah.

Sahabatku rahimakumullah, Cinta merupakan kurniaan terindah yang Allah berikan kepada kita, maka hadiahkanlah kembali kepadaNya, jika engkau ingin kebaikan untuk dirimu sendiri....

Jika engkau sudah punya "Cinta" tersebut, engkau telah punya "Kunci" untuk mengharungi kehidupan ini. Kerana hakikat dirimu hanyalah seorang hamba "yang Harus Punya Cinta Sejati Pada Tuannya".

Dan jika engkau mencintai seseorang janganlah secinta-cintanya, kerana boleh jadi suatu ketika dia akan menjadi musuh bagimu, dan jika engkau membenci seseorang, sewajarnyalah saja kerana, boleh jadi suatu ketika dia akan menjadi shabatmu.

Cintailah seseorang kerana Allah SWT, niscaya engkau tidak akan pernah merasa kecewa! Kerana sesunggungnya memberi itu lebih indah, berharga dan mulia (di mata Allah) daripada menerima!!!

Allah sangat menyayangimu... Dia akan menjagamu jika engkau semua selalu mengingatNya dalam setiap detak janting, denyut nadi, dan hembusan nafasmu... InsyaAllah.

Wednesday, January 20, 2010

Penawar Hati....

semalam aku terbace satu text nie... i though maybe aku boleh kongsi something... and specially untuk peringatan kepada diri aku sendiri....
someone name jasmine say:
All the verses in the Quran are like personal love letters from God to us. Tak percaya tengok die punye terjemahan. "if u want to find solace and balm for sore, the words will heal it straight away". Ayat memujuk sebagaimana dalam al-Insyirah@al-Inshirah(im not to sure... sebab ade 2 cara nak eja-if I am wrong... plzz correct me...) and ad-Dhuha. sooth u anytime. sweet right!!!"

Lepas je aku bace text nie... aku terus nak tau ape maksud surah2 nie... kesian ek... nie la kalau orang yang tak tau bahasa Arab... jadi aku pon carik terjemahannye kat internet... n i get terjemahan surah al-Insyirah@al-Inshirah:


Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang

Bukankah Kami telah melapangkan dadamu untukmu?
Dan mengangkat bebanmu dari (punggung)mu
Yang telah memberatkan punggungmu?
Dan meninggikan untukmu sebutan kamu?
Kerana sesungguhnya bersama setiap kesulitan dan kemudahan,
Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan. Maka jika engkau sudah bebas, tetaplah tabah bekerja keras! Dan jadikanlah Tuhanmu sebagai tujuan [kerinduan] engkau semata!


aku pon ade bace satu entry dari (http://warmfuzzy.wordpress.com/category/surah/):
  • Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah. seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku.”

  • Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

  • Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

  • Barangsiapa membaca Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

Allahu alaam.....

Jadi lepas nie... selalu lah baca surah ini... kalau kita tau maksud die lagi la... berkesan kat Hati kan....

P/S: verily after each difficulty, there's a relief (^_~)v

Sunday, January 10, 2010

pottery it's stronger than it looks


pottery is one of the things that so pretty, but do you know how long it took to become pretty and stronger.

pottery have to trough sorted, stepped on, cut, then burned at 1300 degrees. that's not the end. if after all that, it's still not right, it has to be thrown out.

so to become strong, this is what we have to go trough... :)