Tuesday, April 13, 2010

KEHIDUPAN~~

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

Lama jugak aku tak melakarkan sesuatu di BLOG nie, mungkin sedikit sebok dengan jadual seharian atau mungkin juga takde idea ape yang patut aku kongsi.

Syukur Allhamdullilah diatas segala nikmat dan kekuatan yang diberi oleh Allah S.W.T. Hidup ini penuh dengan segala cubaan, semue orang mempunyai masalah mereka sendiri, dan sebagai hamba Allah kita patot bersykur dengan segala dugaan yang di beri kepada kita, kerana dugaan dan cubaan itu adalah peringatan yang diberi oleh Allah dan menandakan Dia masih sayang kepada kita.

Pernahkah kita lalui waktu selama sejam bersendirian, menikmati setiap saat dalam tempoh satu jam itu? Apakah yang kita rasai sekiranya kita berasa menderita ataupun tiada harapan, iaitu semasa kita benar2 memiliki masalah dan ia mungkin masalah besar. Pepatah Cina mengatakan, "Dalam seluruh alam semesta, tidak ada yang sekejam alam. Tetapi, bukan alam yang menyebabkan bencana, tetapi hati manusialah yang menjadi puncanya. Bukan hidup yang sukar tetapi kitalah yang memandangnya dan menjadikannya sukar!"

Usaha supaya mahu memahami orang lain sebenarnya bermula dari dalam hati kita sendiri dan bersedia mengubah diri sendiri sebelum orang lain. kejujuran dan keikhlasan dalam membina hubungan dengan orang lain tentu menyokong terbentuknya hubungan persahabatan yang rapat.

Kejujuran adalah bab pertama dalam kitab bijaksana. kebijaksanaan sendiri adalah harta orang yang bijak. Jujur pada diri sendiri adalah asas bagi mengembangkan diri menjadi orang besar. Mereka yang bijaksana mengiakan sesuatu yang dianggapnya benar, bukan mendesak supaya semuanya menjadi benar. Jujur di hadapan Tuhan, jujur pada diri sendiri, jujur pada sesama insan dan jujur dengan anggota keluarga semestinya menjadikan hidup ini lebih bermakna.





Seandainya dalam kehidupan ini kita diibaratkan sebagai sebatang pokok, tentulah kita perlu menghasilkan buah serta berguna kepada sesama manusia. Bagi menghasilkan buah, di manakah perlu kita berakar umbi, tumbuh dan berbuah? Buah kebaikan apakah yang perlu kita hasilkan? Sesetangah orang berkata, "Berakarlah kepada ajaran Kitab suci Al-Quran, pola asuahan ibu bapa dan adat resam. Ada pula yang berkata, "Kita ada atau tumbuh kerana berkerjasama dengan orang lain, tumbuh melalui pengalaman dan berlajar, akhirnya menghasilkan buah-buah kebaikkan seperti penguasaan diri, kesabaran, lemah-lembut, kasih sayang, keinginan memberi lebih daripada sepatutnya dan sebagainya.


p/s: Dream, compilation of thousands supplication. And I'm sharing my dreams........

No comments:

Post a Comment