Thursday, March 18, 2010

JALAN YANG PERLU DITEMPUH

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam aku pergi keluar dengan seorang kawan, kami pernah berlajar ditempat yang sama. But she already working right now. Aku bukan nak bercerita kemana kami pergi semalam, tetapi apa yang aku perolehi dan lihat sekarang, setelah semua rakan-rakan sewaktu pengajian, baik di alam persekolahan atau college telah membawa haluan masing-masing. Satu waktu dulu kami sama-sama berada didalam satu kelas, berlajar bersama-sama dengan rakan yang lain, dan membuat tugasan bersama. Tetapi masa telah berubah, semuanya mempunyai kehidupan dan jalan yang perlu mereka dan aku tempuhi sendiri. Ada yang sebuk dengan kehidupan sebagai seorang pekerja, segala tanggungjawab yang diberikan perlu diselesaikan sebaik mungkin. Ada juga yang sedang menjalani krusus atau pembelajaran bagi meningkatkan kebolehan diri. Bagi diri aku sendiri, aku masih berusaha menjadikan diri sebagai orang yang berjaya dan juga manusia yang boleh menggunakan kebolehan diri ditahap yang maksimum. Didalam hidup ini hanya terdapat jalan kita sendiri yang perlu kita tempuhi. Itu yang dapat aku lingkungkan...

Perjalanan hidup tidak selalu lancar sebagaimana yang kita rancang. Usaha mengapai impian tidak selalu disertai dengan langit biru yang cerah. Malah kadang-kadang perlu merentasi badai, keringat dan air mata. Perpatah Perancis mengatakan, “Semasa bawang dikupas lapis demi lapis, maka setiap lapis bawang yang dikupas merangsang kita mengeluarkan air mata”. Perlu ada usaha dan kerja keras bagi memperoleh sesuatu yang lebih baik.

Thomas Alva Edison orang pertama yang mencipta lampu mentol pernah berkata kejayaan itu adalah 99 peratus kerja keras dan satu peratus adalah kepintaran.

Jelas, hidup ini adalah perjuangan tanpa akhirnya hingga kita menghadap Tuhan bagi mempertanggungjawabkan segala perbuatan kita di dunia. Itulah sebabnya tidak ada perubahan hidup sekiranya dilakukan sambil lewa. Tiada peningkatan kerja tampa perjuangan dalam mengasah kecekapan. Pohon durian yang tinggi lagi besar memerlukan waktu bertahun-tahun lamanya menjadi kukuh dan berbuah dengan lebat. Malah, ia perlu menahan pelbagai tentangan yang berat bagi mencapai usia dewasa hingga berbuah. Itulah yang menyebabkan pohon ini tetap bertahan dalam cuaca apa sekalipun, serta tetap menghasilkan buah setiap kali pada musimnya. Lain halnya dengan pokok tauge, dalam sehari sudah tumbuh dengan cepat dan dalam sehari juga ia kembali layu.

Kita semua memiliki cita-cita dan jalan kehidupan yang sudah ditetapkan oleh Tuhan. Bersamanya kita dapat melakukan perkara-perkara yang besar dalam menjalani hidup ini. Tetapi, tidak ada seorang pun yang dapat melakukannya dengan kekuatanya sendiri. Sebagai makhluk, tentu kita perlu bersandar kepada Tuhan bagi mengelola seluruh ciptaan yang diamanahkan kepada manusia. Memang untuk tetap bertahan dalam mengharungi perjuangan hidup, kita memerlukan kekuatan Tuhan yang lebih berkuasa.

Setiap insan mempunyai jalan hidupnya sendiri. Mereka yang berjaya adalah kerana mereka bukan golongan yang mengikut jalan orang lain yang sudah berjaya. Tetapi, mereka sendiri yang membuka jalan baru yang belom pernah dilalui orang lain dengan melakukan perbezaan. Penetapan jalan ini tentulah dimulai dengan sebuah impian. Impian kita menentukan sasaran. Sasaran menentukan rancangan dan rancangan mengarahkan kita bertindak. Tindakkan yang terarah menentukan hasil yang berkesinambungan dan hasil ini akan menghantar kita kepada tangga kejayaan.

Zig Ziglar membantu memberi respi mencapai impian.
  1. Jangan takut bermimpi. Kita putuskan apa yang menjadi impian kita. Mereka yang sudah berjaya dan meraih kejayaan yang luar biasa bermula dengan impian. Kemudian dia ‘melabuhkan’ impian itu dalam langkah-langkah yang jelas.
  2. Lakukan pengenalan pada rintangan yang menghalang pencapaian impian itu dan perkara-perkara yang memungkinkan impian itu mudah tercapai.
  3. Jangan takut menghadapi gagal. Tidak pernah ada seorang anak yang pandai berjalan tanpa pernah berasa sakitnya jatuh.

Masih ingatkah peninju yang bernama Mohammad Ali? Dia dinilai sebagai olahragawan terhebat dalam abat lalu hingga kini. Tidak hairanlah sekiranya dunia mengenalinya sebagai ‘The Greates’ yang terhebat! Pada awalnya, pandangan orang pada Ali sangat sinis. Apatahlagi dia berkulit hitam dan pernah menolak daripada dihantar menyertai perang di Vietnam. Bermacam-macam comment dan penilaian negative dilemparkan kepadanya.

Semasa orang ramai mula menuduh Ali penakut kerana beliau selalu mengangkat tangannya bagi menutup wajahnya, Ali menurunkan tangannya. Semasa orang ramai berkata mustahil Ali yang ‘gendut’ itu menari-nari bagi menjatuhkan lawannya, Ali melakukannya. Ali tidak hanya bertanding dan memperoleh popularity. Beliau bertanding dengan niat yang ikhlas bagi mempersembahkan permainan yang indah dan memuaskan. Dia berusaha membalikkan pendapat umum dan menjadikannya suatu kepercayaan diri yang sangat tinggi.

Pada detik-detik akhir kehidupan dan sebelum dipanggil berehat panjang di peraduan Tuhan maha pencipta, kita mampu tersenyum puas kerana dapat berjuang menempuhi kehidupan yang penuh liku ini, InsyaAllah….

Aku mengibaratkan diri aku ini seuncang teh, ia hanya mengeluarkan sarinya selepas dicelup ke dalam air yang panas. Demikianlah halnya dengan hidup ini, kadangkala merasai kepayahan dan pahit getir kehidupan sebelum memahami erti kehidupan yang sebenarnya.

ps/: "It's true." she said. "Sometimes I do pretend I am a princess. I pretend I am princess, so that I can try and behave like one"
A Little Princess
Frances Hodgson Burnett

Wednesday, March 10, 2010

WAKTU....

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

Lama sungguh rasanya tak menuliskan. Selama sebulan aku bercuti, dan sekarang bermulalah semula perjuangan ini. Semoga perjuangan ini akan berakhir dengan cepat dan memperoleh sesuatu yang terbaik.

So, sebelum memulakan perjuangan aku ini, aku nak mengingatkan diri ini tentang keindahan pada waktunya. Semoga aku tidak lagi menjadi orang yang lalai dan sentiasa rugi kepada waktu.

Ambillah waktu untuk berfikir
Kerana itu adalah sumber kekuatan,

Ambillah waktu untuk beriman
Kerana itu rahsia dari masa muda yang abadi,

Ambillah waktu untuk membaca
Kerana itu adalah sumber kebijaksanaan,

Ambilah waktu untuk berdoa
Kerana itu adalah kekuatan terbesar di muka bumi,

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai
Kerana itu adalah hak teristimewa yang diberi Tuhan,

Ambillah waktu untuk bersahabat
Kerana itu adalah jalan menuju kebahagiaan,

Ambillah waktu untuk tertawa
Kerana itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa,

Ambillah waktu untuk memberi
Kerana itu adalah hari yang sangat singkat untuk kepentingan diri sendiri,

Ambillah waktu untuk berkerja
Kerana itu adalah nilai yang mendatangkan hasil,

Ambillah waktu untuk beriman
Kerana itu adalah kunci menuju syurga....

p/s: You cant manage time. You manage your use of it or else time will manage you!!