Sunday, January 31, 2010

SAHABAT YANG TERINDAH~

Bismillahirrahmanirrahim.....

Dipetang yang indah ini, malah agak membosankan... (bosan ek... bukan takde keje pon.... assignment yang belambak tuh bile nak siapkan??) tertibe rindu kat kawan2 aku... so this it.....

Hidup manusia memerlukan sahabat.

Pada aku, aku pun memerlukan sahabat. Bergerak dalam kehidupan yang penuh liku ini, sahabat memang faktor kenapa diri mampu untuk terus tabah.

Senyuman mereka, tawa mereka, kadangkala menjadi antara inspirasi ku. kadangkala, kata-kata mereka yang pendek pun dianggap bermakna untuk aku.

Pada aku, sahabat itu tidak dihubungkan dengan harta, wajah atau rupa mahupun apa saja perkara materialistic dunia. Tapi bagi aku, yang bergelar sahabat itu, adalah yang dihubungkan dengan kasih sayang. Kasih sayang itu, bersumberkan satu punca.

Punca itu adalah keimanan kepada Allah SWT.

Kerana, Sahabat yang hadir dari sumber itu adalah sahabat yang terindah sekali...

Didalam hidup aku.. terdapat beberapa orang sahabat yang sangat penting dalam hidup aku. Mereka adalah sahabat terindah ku.

Tak kiralah kat ma
na semuanya, samada berada dekat dengan aku atau jauh... korang sentiasa ada didalam hati ini....

Tapi, apa yang hendak aku k
atakan di sini, hendak menyedari bahawa sahabat itu adalah sahabat terindah, bukan mudah.

Pelbagai halangan, cabaran perlu dihadapi.

Kadangkala berulang kali berselisih faham, kadangkala beberapa kali bermasam muka. namun, kalau benar ukhuwwah itu dibina atas dasar iman, maka ia akan kembali semula bersatu. Bak kate orang tua2: Carik-carik bulu ayam, akhirnya tercantum semula... Kerana iman itu benar, ia akan menjadi seperti magnet, membuang segala rasa buruk di dalam hati, meringankan diri untuk meminta maaf dan memaafkan.


Ada yang menyangka, selisih faham, masam muka adalah keburukan. Yap, dari satu segi, memang itu semua keburukan. Tapi, sedar atau tidak, itu adalah satu tapisan, ujian daripada Allah SWT. Ujian Untuk menguji sejauh mana kebenaran ukhuwwah yang dibina. Apabila kita berjaya melepasi segala dugaan dan cabaran itu, barulah kita akan menyedari, bertapa indahnya ikatan itu.

Oleh itu, apabila kita melalui ujian2 ini, kita perlu muhasabah diri kita terlebih dahulu. Jangan lihat pada sahabat kita. Lihat ape kurang dengan diri kita, apa silap yang kita telah lakukan, apa keburukan yang telah kita buat pada sahabat kita. Dan dengan itu kita akan berlapang dada, senang memaafkan. Kita akan berani, tabah meminta maaf tampa rasa
segan.

Namun, siapa yang melihat dirinya terlebih dahulu sebelum dia menilai sahabatnya??

Dan siapa pula yang berusaha menjadikan dirinya sebagai sahabat terindah kepada sahabatnya??

Aku melihat diri, terfikir-fikir akan diri aku

Semoga aku dapat diberi peluang untuk berbuat begitu....

Kepada sahabat2 aku... semoga segala apa yang korang lakukan sentiasa dirahmati Allah SWT dan sentiasa dipermu
dahkan oleh Nya....... MIZZ U ALL... n THANKS FOR MAKES MY LIFE MORE BEUTIFUL AND MEANING FULL......

p/ss: panjang betol karangan aku petang nie....... hahahaha~







Cinta Adalah Do'a Yang Terindah

Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim...

Ibarat permata aku rasakan, aku hanya punya satu, dan jika kuberikan, aku tak punya apa-apa lagi. Apakah permata itu? permata itu adalah "Cinta".

Cinta yang ku pelajari entah dari negeri mana, Cinta yang lebih indah jika "Cinta itu tidak penah sampai". Kenapa?? kerana dengan kuasanya dia akan terus berkembang dan akan terus menjadi baik dan akan terus sampai pada satu titik yang bernama "keikhlasan".

Jadi siapa selayaknya yang mendapatkan permata itu?? tak lain tak bukan hanya untukNya, dan keranaNya pula, terwujud rasa "Cinta pada makhlukNya", seperti kamu..... Kerana permata itu telah menjadi "mutiara" kini, yang tak pernah habis jika aku berikan, dan tetap selalu ada malah semakin bertambah.

Sahabatku rahimakumullah, Cinta merupakan kurniaan terindah yang Allah berikan kepada kita, maka hadiahkanlah kembali kepadaNya, jika engkau ingin kebaikan untuk dirimu sendiri....

Jika engkau sudah punya "Cinta" tersebut, engkau telah punya "Kunci" untuk mengharungi kehidupan ini. Kerana hakikat dirimu hanyalah seorang hamba "yang Harus Punya Cinta Sejati Pada Tuannya".

Dan jika engkau mencintai seseorang janganlah secinta-cintanya, kerana boleh jadi suatu ketika dia akan menjadi musuh bagimu, dan jika engkau membenci seseorang, sewajarnyalah saja kerana, boleh jadi suatu ketika dia akan menjadi shabatmu.

Cintailah seseorang kerana Allah SWT, niscaya engkau tidak akan pernah merasa kecewa! Kerana sesunggungnya memberi itu lebih indah, berharga dan mulia (di mata Allah) daripada menerima!!!

Allah sangat menyayangimu... Dia akan menjagamu jika engkau semua selalu mengingatNya dalam setiap detak janting, denyut nadi, dan hembusan nafasmu... InsyaAllah.

Wednesday, January 20, 2010

Penawar Hati....

semalam aku terbace satu text nie... i though maybe aku boleh kongsi something... and specially untuk peringatan kepada diri aku sendiri....
someone name jasmine say:
All the verses in the Quran are like personal love letters from God to us. Tak percaya tengok die punye terjemahan. "if u want to find solace and balm for sore, the words will heal it straight away". Ayat memujuk sebagaimana dalam al-Insyirah@al-Inshirah(im not to sure... sebab ade 2 cara nak eja-if I am wrong... plzz correct me...) and ad-Dhuha. sooth u anytime. sweet right!!!"

Lepas je aku bace text nie... aku terus nak tau ape maksud surah2 nie... kesian ek... nie la kalau orang yang tak tau bahasa Arab... jadi aku pon carik terjemahannye kat internet... n i get terjemahan surah al-Insyirah@al-Inshirah:


Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang

Bukankah Kami telah melapangkan dadamu untukmu?
Dan mengangkat bebanmu dari (punggung)mu
Yang telah memberatkan punggungmu?
Dan meninggikan untukmu sebutan kamu?
Kerana sesungguhnya bersama setiap kesulitan dan kemudahan,
Sesungguhnya bersama setiap kesulitan ada kemudahan. Maka jika engkau sudah bebas, tetaplah tabah bekerja keras! Dan jadikanlah Tuhanmu sebagai tujuan [kerinduan] engkau semata!


aku pon ade bace satu entry dari (http://warmfuzzy.wordpress.com/category/surah/):
  • Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah. seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku.”

  • Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta memudahkan segala keperluan dan dimudahkan rezekinya.

  • Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.

  • Barangsiapa membaca Alam Nasyrah 9x sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

Allahu alaam.....

Jadi lepas nie... selalu lah baca surah ini... kalau kita tau maksud die lagi la... berkesan kat Hati kan....

P/S: verily after each difficulty, there's a relief (^_~)v

Sunday, January 10, 2010

pottery it's stronger than it looks


pottery is one of the things that so pretty, but do you know how long it took to become pretty and stronger.

pottery have to trough sorted, stepped on, cut, then burned at 1300 degrees. that's not the end. if after all that, it's still not right, it has to be thrown out.

so to become strong, this is what we have to go trough... :)

Saturday, December 19, 2009

Bicaraku untuk ibu


salam... saat ini aku sangat rindu kpd insan yg aku panggil mak n abah... semoga allah merahmati segala yg mereka lakukan dan permudahkan nya.....

Seorang ibu

Seakan mendengar tangisanku yang tersembunyi

Tetap menghantar pesan nasihat

Walau “jangan risau ibu” kuulang berkali-kali

Terasa seakan pintu langit terbuka

Dia wakil daripada Ilahi

Menyentuh sayang hatiku

Aku tersenyum

Saat semua orang menyatakan aku kuat

Dikau wahai ibu mengetahui anakandamu ini

Bermesej-mesej kau hantar sebagai penenang hati

Seakan tangisku yang tersembunyi kau dengari dengan jelas sekali

Ibu,

Kalau aku mampu beli seluruh dunia untuk bersamamu

Akan aku uruskan itu sesegera waktu

Tapi aku tertakhluk kelemahan kudratku,

Hanya usaha sahaja yang ada padaku,

Jangan risau ibu,

Jangan risau

Aku amat percaya dan sangat percaya

Sitar takdir yang sentiasa bersamaku

Sentiasa terpetik dan tidak akan menzalimiku

Bukan sepanjang masa lagunya sedih

Bukan sepanjang masa juga lagunya bahagia

Namun tuan sitar telah berjanji kepadaku ibu

Setiap kesusahan itu diiringi dengan kesenangan,

Kuulang jangan risau ibu,

Lepaskanlah tembakan-tembakan doamu kepadaku

Jangan kau hentikan layangan kasihmu padaku

Aku telah berjanji padamu untuk terus hidup

Maka aku akan terus hidup dengan janjiku itu

Ibu,

Sesungguhnya kita tidak tahu apa takdir yang tertulis

Mungkin Ilahi hanya menggegarkan kita sebentar

Menguji keimanan

Dan ini belum tentu lagi kesudahan

Tersenyumlah ibu,

Bahagiamu bahagiaku

Laramu laraku,

dengan senyumanmu,

Akan kuhentak awan dengan telapak kakiku.

……………

-khas untuk manusia yang kupanggil ibu dan tak lupa kepada hero ku ayah-

~laksamana angkasa~

Friday, December 18, 2009

Cinta Ilahi Bukan Lakaran Puisi

“Cukuplah sudah aku dipermainkan selama ini. Cintaku kini hanya untuk Ilahi. Bukan untuk mana-mana lelaki!”, ungkap seorang siswi yang putus cinta.

“Cinta manusia adalah palsu belaka. Cinta Allah, itu yang utama”, kata seorang yang lain.

Termenung saya membaca ungkapan-ungkapan seperti ini. Semakin banyak kedengaran di dalam lirik-lirik nasyid. Semakin banyak kelihatan di blog tempat orang muda meluahkan kekecewaan.

Fahamkah mereka dengan apa yang mereka ungkapkan?

Cinta Ilahi?

Tiada lagi cinta lelaki?

Wanita gila harta?

Hanya Allah sahaja yang ’setia’?

Tidak perlu lah kita bercakap benda yang kita sendiri tidak faham. Mumbling… kata orang Putih.

Apakah ada konflik antara cinta Allah, cinta lelaki, dan cinta perempuan? Cinta hanya satu. Pilih sama ada buayafriend mahu jatuh hati kepada gelifriend, atau menyerahkan cintanya hanya kepada yang Esa?

Tidak perlu lah kita bermain dengan kata-kata.

Jika sudah kecewa dengan si dia, tiada lagi cinta kepada penggantinya?!

BERTAPA?

Habis, mahu ke mana? Ke puncak gunung bertapa seperti rahib? Enggan berumahtangga kerana mahu mendedikasikan diri kepada Dia dan bukan dia? Fikiran apa ini? Islamkah yang mengajar kita berfikir begitu?

Tidakkah kita sudah dinasihati tentang kisah segelintir sahabat yang tersilap memahami cara melihat Ibadah Nabi SAW yang begitu sederhana?

“Sesungguhnya salah seorang daripada sekumpulan sahabat Nabi sallallahu alayhi wa sallam telah berkata, “Berkenaan dengan diriku, maka aku akan berpuasa dan tidak berbuka. Berkata seorang yang lain: Aku akan berQiyam di malam hari dan tidak akan tidur. Dan berkata lagi seorang yang lain: Aku pula, aku tidak akan mengahwini perempuan. Seorang lagi berkata: Aku pula, sekali-kali aku tidak akan memakan daging. Lalu Baginda Sallallahu alayhi wa sallam bangun dan berucap, lantas Baginda berkata, “Apa halnya dengan pemuda-pemuda yang setiap seorang mereka ini berkata begini begitu? Aku sendiri berpuasa dan berbuka, bangun malam dan aku juga seorang yang mengahwini perempuan juga aku memakan daging. Barangsiapa yang tidak ingin kepada Sunnahku maka dia bukan dari kalangan (pengikut)ku” (Dari Sunan al-Nasaa’ie, no. 3217)

Janganlah bermain-main dengan kata-kata yang kosong dari makna, jauh sekali dari yakin dan percaya. Belajarlah untuk menyelami makna dan menyebut perkara yang kita jelas tahu akan makna dan maksudnya.

Ungkapan cinta Ilahi bukan ungkapan yang kosong, jauh sekali abstrak dan penuh misteri.

Cinta Ilahi bukan inspirasi untuk mengungkapkan syair-syair yang bertepek di sana sini di blog siswa siswi.

Jangan berlakon menjadi Rabiatul Adawiyah. Tidak perlu memakai kasutnya. Rabiatul Adawiyah itu insan yang tersendiri.

Bagi kita di sini, bercintalah dengan Allah secara realiti.

- CINTA ILAHI ADA CARANYA -

Tidak pernahkah kita merenung ingatan dari Allah sendiri terhadap orang yang mendakwa mereka itu cinta kepada-Nya?

“Katakanlah: Jika sesungguhnya kamu itu mencintai Allah maka ikutlah aku, nescaya kamu juga akan dikasihi oleh Allah, dan akan diampun-Nya kesalahanmu. Dan Allah itu Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Aal Imraan 3: 31)

Jika cintakan Allah, contohilah Rasulullah SAW. Hiduplah macam Rasulullah, buatlah kerja macam Rasulullah.

Sibukkan diri dengan belajar dan mengajar, berdakwah dan memberi peringatan, membela agama dan bekerja untuk ummah, sibukkan diri dengan segala kebajikan demi cinta kita kepada-Nya.

Berhentilah berpuisi, andai puisi itu datang dari sebuah khayalan tentang cinta Ilahi sambil memicit jerawat di tingkap pagi.

Jika mahu mengungkapkan Cinta pada madah dan kata, luahkan ia dari rohani dan jasmani yang bekerja untuk kekasih-Nya. Hiasilah blog kalian dengan catatan amal dan muhasabah diri, bukan retorik dan angan-angan terhadap CINTA ILAHI.

mari kita sama2 muhasabah diri ini... samada kita mencintai Allah SWT dengan cara yang benar....

- SAIFULISLAM.COM -

Sunday, May 24, 2009

Khas Untuk Mak dan Abah

Aku seorang anak yang tidak pandai menyatakan bertapa sayang nya aku kepada ibupada ku, bertapa berterima kasih nya aku kepada mereka kerna membesarkan diri ini dan menyayangi diri ini. Aku berharap semoga satu hari aku akan dapat mengucapkan apa yang aku tulis ini. Dan pada saat itu aku berharap semoga aku tidak terlambat untuk ngucapkan nya. Harap korang semua doakan aku supaya diberi kekuatan untuk itu. Siapa tahu mungkin sebentar lagi kite akan mendapat panggilan telifon yang menyatakan yang kita telah kehilangan nya (tapi aku berdoa semoga umur mereka panjang ;p) So, ucapkan la selagi termampu.

mak abah,
sebutir mutiara di dasar lautan,
sejuta bintang berkelip di dada langit,
tak mampu untuk dibandingkan dengan diri mu,
kau adalah perkara terindah yang pernah berlaku didalam hidupku.

kasih sayang mu membawa ku kesyurga dunia dan akhirat,
walau badai melanda kau tetap tegar,
walau berkali aku mengecewakan diri mu,
kau masih tetap tersenyum menyambut kepulangan ku,
walau berkali ku mengecilkan hati mu,
kau masih lembut menuturkan kata disaat aku menalifon mu,

kasih sayang mu tidak dapat ku bayar walau dengan nyawaku,
segala usaha mu untuk diri ku jika ku senaraikan pasti tidak cukup ruang dilangit dan bumi,
doa mu merupakan lampu menyuluh jalan-jalan ku.
terima kasih untuk segalanya...

aku hanya berharap,
aku dapat membahagiakan diri mu,
sehingga jika ilahi menjemput mu aku tidak dilanda kesal dan sesal.

Ya Allah Ya Tuhan ku....
ampunkan lah segala dosa mereka,
permudahkan lah segala yang mereka lakukan,
berkatilah segala apa yang merka lakukan,
murahkan lah rezki mereka,
makbulkan lah segala permintaan mereka,
sehatkan lah tubuh badan meraka,
serta Kau panjangkan lah umur mereka,
semoga mereka didalam keberkatan dan rahmat mu.

jika belum terlambat aku ingin mengucapkan selamat hari ibu,
dan selamat hari bapa yang akan tiba tak lama lagi,


pst/:- nie semue pasal cite cekerama tadi la... kan aku dah tangkap leleh....... hukhukhuk

Semoga Ku Memejamkan Mataku Dahulu Sebelum Dirimu

Setelah beberapa lama laman yang bersawang ini berehat, kini tiba masanya segala perkara dan percaturan yang lama tepu didalam kotak minda dek kesibukkan seharian, bisa saja diterjemah buat manfaat semua insyaAllah....

senyuman mu umpama penyeri dalam hidup ku,
tutur kata mu sentiasa menyentuh kalbu ku,
setiap nafas mu adalah nyawa dan azam didalam kehidupanku,
aku tidak mahu kau pergi dahulu sebelum ku,
kerna aku tak mungkin dapat hidup tampa diri mu.

ketika ku putus harapan kau kedepan,
tika ku jatuh tersungkur kau bangunkan,
ku bersyukur kerna dikau ada dan membuat hidup aku sempurna.

tika ramai yang membenci ku kau sayangi,
tika ramai yang memuji ku kau mengerti,
ku tahu masa yang kita perolehi ini buakan untuk semalanya,
ku akan mengunakannya dengan sebaiknya.

andainya kau tiada aku kan parah,
kehilangan arah dan hancur rebah,
kerna kau lah segalanya makna kehidupanku,

kau berikan ku kekuatan bila ku tertekan,
kau beri yang ku perlu dan cinta sayang mu,
aku yakin akulah insan yang paling bertuah didunia.

oh tuhan ku tolonglah makbulkan hajat ku,
pada saat aku pejamkan mataku,
aku berada didalam perlukannya disaat itu.
dan semoga dia tabah saat daku pejamkan mata ku,

oh tuhanku biarkanlah dia disisi ku,
menemani diriku saat daku pejamkan mata ku,
diri ini hanya ingin bersama hingga keakhirnya.

aku hanya berharap aku merupakan impian terbaik untuknya
dan kegembiraan terindah dalam hidupnya,
kerna aku hanya ingin menjadi syuga dunia untuknya.

Sunday, May 17, 2009

JoM2~ :D

READ MALAYSIA '09




Malaysia International Book & Education Fair
29 Mei ~ 7 Jun 2009
11 am ~ 10 pm
MIECC, Mines Resort City
www.readmalaysia.my

Thursday, March 26, 2009

Cinta Yang indah~

Cinta...
Jika disuruh ahlinya menerangkan maksud cinta juga mungkin mereka tidak dapat menerangkannya.
Kerna cinta itu milik Allah seperti syurga neraka,
Seperti angin...
Ia diketahui tapi tak dilihat..

Cinta jika dimengertikan melalui islam adalah MALU.
Malu kepada Orang yang kita cintai..

Allah membuat cinta dari 100 perkataan.
Hanya 1 yang diturunkan di dimuka bumi,
Dan yang selebihnya sebayak 99 disimpan di sisi Nya.
Hanya dengan 1 ini saja manusia belajar berkasih sayang dan saling menyintai.

Cinta yang paling Agung dimana,
kamu menitiskan air mata apabila menyedari dia masih menyayangi mu...
Apabila kamu sanggup bangun pada dinie hari hanya untuk bertemu Kekasih hati mu...
Meluahkan segala duka dan syukurmu hanya kepada Nya.
Menangis dengan segala perbuatan buruk mu,
serta menginsafi diri dan berharap ia akan meletakkan dirimu damai di pelukkan cinta dan kasihNya

Tuesday, March 24, 2009

Saturday, March 21, 2009

Rahsia Bulan Kelahiran~

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh
Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
* Berjiwa sentimental.
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
* Tidak suka benda remeh-temeh.
* Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar.
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS

* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER

* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER

* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER


* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

for all my frenz.. korang bleh checkout betol ke tak? but untuk aku.. almost same la... hehe.. aku pon tak tau uztaz nie pakai X-ray Cap ape.... malu plak aku... haha~

Wednesday, March 18, 2009

Assalamualaikum....

Semalam, nenek kepade teman serumah aku telah kembali keRahmatullah...
sewaktu tu aku baru balik dari kelas...

Lagu ini aku titipkan kepade teman serumahku...
semoge kau tabah menerima takdir ini....


Inspirasi Hati - De Hearty

bila sendirian fikiranku buntu
mengingati dirimu..............
dikau tiada lagi di sisiku
hatiku sayu bertambah pilu

kasih kau inspirasiku
kau mengajarku erti kehidupan ini
takkan ku lupa kan nasihatmu
kerna ianya berguna untukku

seringkali aku berdoa padanya
agar tabah menyusuri hidup ini
Ya ALLAH berilah ku kekuatan
untuk tempuhi dugaan yang mencabar

sekiranya ku mendapat pengganti
kuharapkan insan seperti mu kasih
banyak membantu dan mendorongku
menjadi hamba yang taat kepada NYA

seringkali aku berdoa padanya
agar tabah menyusuri hidup ini
Ya ALLAH berilah ku kekuatan
untuk tempuhi dugaan yang mencabar


sekiranya ku mendapat pengganti
kuharapkan insan seperti mu kasih
banyak membantu dan mendorongku
menjadi hamba yang taat kepada NYA

sekiranya ku mendapat pengganti
kuharapkan insan sebaik mu oh kasih
banyak membantu dan mendorongku
menjadi hamba yang taat kepada NYA

walau dirimu tiada lagi
tapi hatiku tetap kepadamu
kenangan bersamamu subur mewan gi
takkan luput dari ingatanku

Al Fatihah untuk arwah tok ne...
semoge dia ditempatkan dikalangan kekasih Allah SWT

Sunday, March 15, 2009

Bila Hati Cerita Tentang Cinta

Bila hati cerita tentang cinta,
Apa itu cinta?
Bolehkah cinta dirase,
Orang kate cinta datang dari hati,
Bukan dari otak,
Bukankah otak yang membuat hati berfungsi...

Bila hati cerita tentang cinta,
Apa itu cinta?
Bolehkah cinta dilihat,
Orang kate cinta boleh buat orang jadi bute,
Boleh buat orang jadi gile,
Bukankah cinta itu mengembirakan,
Kenapa ia dilihat menyakitkan....

Bila hati cerita tentang cinta,
Apa itu cinta?
Bolehkah cinta didengar,
Orang kate dari cinta akan lahir kate2 indah,
Bukankah kate2 indah boleh dicipta oleh orang yang tidak bercinta juga...

Bila hati cerita tentang cinta,
Apa itu cinta?
Bolehkah cinta disentuh,
Orang kate kerna cinta lautan api sanggup direnangi,
Susah senang dihadapi bersama,
Tapi mengapa masih ada sang pengkhianat cinta....

Bila hati cerita tentang cinta,
Apa itu cinta?
Bolehkah cinta dimiliki,
Orang kate kerna cinta nyawa sendiri sanggup di pertaruhi,
Segala yang dipunya sanggup diberi,
Bukankah cinta untuk dimiliki bukan untuk diberi....

Bila hati cerita tentang cinta,
Apa itu cinta?
Bolehkah cinta dihayati,
Cinta yang sebenar ialah cinta kepada Allah Rabbul Izati,
Kerna cintanya bisa dirasa, dilihat, didengar, disentuh, dan dimiliki,

Bila cintanya dirasa melalui bayu lembut menyentuh pipi,
Bila cintanya dilihat dari keagunan ciptaannya,
Bila cintanya didengar melalui keindahan ayat ciptaanya,
Bila cintanya menyentuh hati insan melalui hidayahnya,
Bila cintanya bisa dimiliki oleh semua makhluknya....

Friday, March 13, 2009

Buat teman ku dan Aku

Assalamualaikum....
Kate2 ini aku titipkan kepade teman ku yang sekarang ini sedang bersedih...
semoge kau tabah menghadapi segale rintangan yang tertulis untuk engkau,
Dan kepade teman2 yang lain,
semoge anda mendapat sedikit pengertian...
Kepade diri ku pulak,
semoge ianya bisa menawarkan hati yang sedang sarat ini....
"Life Must Be Go On"

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang
yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita
akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk
bersyukur dengan nikmat
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang
lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah
tertutup itu terlalu
lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun
dibukakan untuk kita.


Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh
duduk di dalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun
dan kemudian berjalan
pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang
paling hebat yang
pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu
apa yang telah
kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga
benar bahawa kita
tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia'
datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu
kepastian yang
mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan
cinta sebagai
balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati
mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di
dalam hati anda. Ia cuma

mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada
seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai
seseorang tetapi ia
mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan
seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi
ianya palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.
Carilah seseorang yang
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan
sekuntum senyuman
untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang
membuatkan hati anda
tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan
apabila anda
teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin
menggapainya dari mimpi
anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang
ingin anda mimpikan,
pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan
jadilah apa yang anda
inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan
satu peluang untuk
melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk
membuatkan diri
anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan
anda kuat, kesedihan
yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan
dan harapan yang
cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan
diri anda di dalam
kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda,
fikirlah ia
mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan
seseorang manusia tidak
semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka
hanya membuat
yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di
dalam perjalanan hidup
mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,
mereka yang terluka,
mereka yang telah mencari dan mereka yang telah
mencuba. Hanya mereka
yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah
menyentuh hidup
mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan
ciuman dan berakhir
dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan
yang lalu yang
telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan
dengan sempurna
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa
silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di
sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda
mati nanti,
andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda
pula yang akan
menangis.

semoge kau tabah menghadapinye,
dan ingat segalenye telah tersurat...